PERMATA HATIKU....

PERMATA HATIKU....

Cari Blog Ini

Selasa, 15 Disember 2009

PA&MA

Assalamualaikum.........

Firstly,ambo nok beritahu, ambo ni peminat setia majalah PA&MA semenjak tahun 2005 hinggalah sekarang.....setiap majalah PA&MA memang menjadi koleksi peribadiku.....majalah ini memang memenuhi kriteria dan kehendak sebagai pelengkap ibu bapa yang baru,sedang dan lama yang bergelar ibu,mama,ummi,bapak,ayah,abah,abi.....dll yang seangkatan dengannya....

Majalah ini sememangnya banyak menginsafi diriku sendiri yang memaparkan pelbagai kisah suka duka insan lain....paling tersentuh hati bila membaca artikel berkenaan anak istimewa.pelbagai ragam,cerita, susah payah dan pelbagai lagi yang ambo sendiri banyaknya menangis bila membaca kisah sedih insan lain....

Ambo bayangkan, andaikata arwah Wan Muhammad Harisuddin bin Wan Ahmad Sirajuddin masih ada, mungkin ambo dikalangan 'mereka'.Arwah anakku menghidap penyakit yang digelar sains 'Gasthrogysis'...(tak ingat ejaan-lebih kuranglah) iaitu usus kecil di luar....penyakit ni di kesan ketika ambo pregnant 3 bulan....fuhhhh...memang berat rasa nak terima kenyataan mula-mula.tapi memang Dr. Roseliza ni doktor pakar puan.....klinik An-Nisa'(Kota Bharu,Kelantan)bayangkan, anak sulong,baru kahwin terus diberi rezeki....rasa susah jugak nak terima mula-mula....terus ambo dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM).

Solat hajat menjadi penemanku seusia kandungan ku.TUHAN Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani.....Haris lahir 04.02.2003, 5.45 pagi disambut oleh seorang doktor pakar kanak-kanak HUSM, 3 orang nurse....dan ditempatkan di NICU kanak-kanak tingkat 2, HUSM....pengalaman orang mengatakan anak sulong susah dilahirkan, tapi Haris amat mudah bagiku....mungkin anak yang istimewa....

Haris lahir sebagai hadiah harijadi buat suamiku iaitu pada 26.02...seminggu setelah lahir, haris diberi nama, aqiqah....dan sepanjang pantang ambo terpaksa balik rumah memandangkan Haris di ICU, cuma ambo ulang alik, petang dan malam untuk pam susu serta bersama Haris....

Tuhan lebih menyayangimu anakku....cukup 19 hari Haris pergi meninggalkan ku setelah bertarung....sememangnya Haris kuat.....bayangkan setelah lahir, Haris dibedah jam 10 pagi untuk memasukkan separuh dari ususnya.....cukup seminggu, hari aqiqahnya, dimasukkan semua.....dari situlah bermula keperitan Haris, organ dalamannya rosak mungkin sebab tekanan bagi bayi kecil,.......jantung, buah pinggang, hati rosak mungkin sebab tekanan....sekali lagi Haris dibedah untuk keluarkan balik ususnya.....dari situ aku selalu suruh Haris kuat, aku takkan lepaskan Haris....tetapi seingatku doktor yang merawat Haris mohon aku lepaskan Haris....bayangkan...nasib baik doktor tu tak kena penumbuk aku....ha...ha...ha....aku tau mungkin doktor pun tau Haris takkan lama...setelah aku lihat keadaan Haris yang terlalu tenat (bergantung kepada mesin pernafasan sepenuhnya) suamiku seperti memberi isyarat agar aku redha dan melepaskan Haris....seingatku....Tuhan Maha Kaya....Subhanallah....Pada 19.02.2003 waktu Zohor...aku terasa sesuatu yang aku sendiri pun tak tahu nak bayangkan.....terasa sesuatu kehilangan, lantas aku mengangkat tangan, beristighfar kepada NYA....memohon keampunan, merelakan anakku pergi andai inilah takdirnya....hanya itu yang mampu ku luahkan....setelah selesai sahaja doaku...telefon dari HUSM mengatakan Haris tenat....aku menelefon suami di tempat kerja supaya pulang untuk ke HUSM....dia cuma cakap sabar.....sabar....

Masuk waktu Asar, HUSM telefon sekali lagi mengatakan Haris tiada, TUHAN yang Maha Mengetahui, luluhnya hatiku...suamiku pulang dengan linangan airmata....Aku terus ke HUSM bersama suami...langkahan ku bukan seperti langkahan berpantang, tangga 2 tingkat terus ku daki tanpa mengiraukan sesiapa.....tiba di pintu NICU, HUSM suasana sunyi...aku kendong anakku pulang....terus kebumikan Haris malam itu juga....sangat lancar...dan malam itu juga TOK GURU mengadakan sembahyang hajat di dataran untuk memohon hujan kerana kemarau......

Buat Haris, mama terlalu menyayangi mu anakku......